JPJ Johor: Kutipan bidaan nombor plet siri JUN RM3.24 juta

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor berjaya mencapai sasaran bagi bidaan nombor pendaftaran siri JUN dengan merekodkan kutipan hasil sebanyak RM3.24 juta dalam tempoh lima hari sahaja.


Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, bidaan nombor pendaftaran siri JUN yang dibuka dari 13 hingga 17 Februari lalu menerusi sistem JPJeBID menarik jumlah pembida seramai 3,955 orang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, jumlah kutipan tersebut melepasi sasaran awal pihaknya yang berjumlah RM2.5 juta bagi nombor pendaftaran berkenaan.

 

“Pembidaan ini dibuat selama lima hari mulai 13 hingga 17 Februari menerusi sistem bidaan nombor pendaftaran ata talian JPJeBID.

 

“Bidaan nombor tertinggi bagi siri ini ialah JUN 9 iaitu sebanyak RM100,000 manakala kutipan kedua tertinggi JUN 11 dengan jumlah bidaan sebanyak RM99,000,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Azmil berkata, ini diikuti dengan nombor pendaftaran JUN 6 sebanyak RM98,000 manakala nombor pendaftaran yang mencatatkan jumlah pembida tertinggi bagi siri JUN adalah JUN 4101 yang dikaitkan dengan nama Junaidi.

 

Menurutnya, sebanyak 21 siri nombor pendaftaran telah dibuka JPJ Johor sejak 21 Ogos 2019 melalui sistem JPJeBID dan berjaya mengutip hasil sebanyak RM28,088,686.

 

Bidaan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap, jabatan kerajaan dan syarikat berdaftar di negara ini.

 

Mana-mana nombor yang berjaya dibida akan diberi tempoh 12 bulan untuk didaftarkan pada sebuah kenderaan dengan pendaftaran boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ.

 

Kaedah pembayaran hanya melibatkan penggunaan kad debit atau kad kredit tempatan bagi memudahkan pembida berbanding pembayaran secara manual.

 

Sejak sistem bidaan atas talian diperkenalkan pada 21 Ogos 2019 menerusi nombor pendaftaran JTR, JPJ Johor telah mengutip RM24.8 juta

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 9 pagi…
Informasi
MyEG berkata kedua-dua syarikat itu masing-masing menerima surat pelantikan daripada JPJ pada Isnin…