JPJ jalankan pendekatan berbentuk nasihat sebelum penguatkuasaan dilakukan

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Gempar seketika di media sosial sejak kebelakangan ini ekoran operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi menangani pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Operasi itu turut disertai oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil kira rungutan dan aduan awam yang diterima mengenai isu ekzos motosikal yang membingitkan telinga.

Dalam satu siaran media, pihak JPJ menjelaskan bahawa mereka mengambil tindakan berbentuk advokasi dan nasihat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap mana-mana pesalah.

Dua pendekatan diambil iaitu:

  • Pengeluaran Notis Temu Siasat di bawah Seksyen 114(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan siasatan dan pengumpulan maklumat
  • Pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan di bawah Seksyen 59(1), Notis (PG1) akta yang sama bagi penguatkuasaan.

Di bawah pengeluaran Notis PG1, mana-mana penunggang atau pemilik motosikal yang didapati bersalah melakukan pengubahsuaian ekzos tanpa kebenaran akan dilarang daripada terus menggunakan motosikal tersebut sehinggalah pembaikan atau penukaran kepada sistem ekzos asal dibuat.

Mereka akan diberi masa sehingga tujuh hari untuk mengubah kepada spesifikasi asal ekzos yang mematuhi pembuatan dan kegunaan yang ditetapkan.

Motosikal yang terlibat hendaklah dibawa ke mana-mana pejabat JPJ untuk tujuan pemeriksaan sebagai pembuktian pembaikan atau penukaran kepada ekzos asal telah dibuat.

Menurut JPJ, sebarang pengubahsuaian ekzos kenderaan bermotor tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun tidak melebihi RM300, atau jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pesalah boleh didenda di bawah Seksyen 119, APJ 1987 dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…