JPJ - Gajikan pemandu warga asing, 10 syarikat dalam pemerhatian

oleh Penyumbang Rencana|
foto Facebook JPJ
Kira-kira 10 syarikat kini berada dalam radar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana disyaki menggajikan pemandu warga asing (PEWA) bagi membawa kenderaan perdagangan.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya mula mengambil tindakan lebih drastik bagi menangani isu memandu jentera berat terutama lori dan bas.

Menurutnya, pihaknya merekodkan 17,347 kesalahan membabitkan pemandu kenderaan perdagangan warga asing sejak tahun 2021 hingga Julai lepas.

Sepanjang tempoh itu, kesalahan tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) mencatatkan 16,238 kes; tiada Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) (443 kes) dan lebih muatan (666 kes).

Jumlah kesalahan terbabit mencatatkan peningkatan setiap tahun iaitu pada 2021 dengan 2,193 kes, 2022 (2,839 kes), 2023 (4,323 kes), 2024 (5,259 kes) dan tahun ini setakat Julai sudah merekodkan 2,733 kes, katanya.

Muhammad Kifli memberi amaran dan menyeru semua pemain industri supaya mematuhi setiap undang-undang ditetapkan dan memastikan setiap pemandu memiliki lesen yang sah.

Sebelum itu media melaporkan, JPJ akan melucuthak kenderaan perdagangan yang didapati menggunakan pemandu warga asing.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dilapor berkata, tindakan drastik itu terpaksa diambil berikutan trend PEWA yang semakin meningkat.

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil serius isu yang tular berkaitan sekumpulan petugas kempen…
Informasi
Di bawah kontrak itu, Infomina akan menyediakan perkhidmatan operasi, penyelenggaraan dan sokongan…
Berita Domestik
"Sepanjang tempoh dua minggu operasi itu, sebanyak 59 kenderaan diperiksa dan 54 daripadanya…