JPJ - Diskaun saman 70% bermula esok sehingga 16 September 2021

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman yang boleh dikompaun kecuali kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.


JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran itu adalah bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pengurangan kompaun yang bermula pada Rabu sehingga 16 September 2021 ini akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam (blacklist)," kata kenyataan itu.

 


Tambah kenyataan itu, pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

 

"Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh tersebut.

 

"Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19," kata kenyataan itu.

 

Kata kenyataan itu, urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara dalam talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

 

"Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri) bagi tujuan proses dokumentasi semula sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan," tambah kenyataan itu.
 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…