JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi perhatian terhadap kemasukan kenderaan bercermin gelap sepenuhnya dari luar negara terutama Thailand.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kemasukan kenderaan sebegitu memberi masalah kepada negara dan perlu ada penguatkuasaan untuk mengehadkannya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa ketika menjawab soalan berkaitan itu yang dibangkitkan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau).

“Ada kenderaan-kenderaan Thailand, satu kenderaan cermin gelap. Memang jadi masalah kepada kita.

“Saya setuju dengan Arau, perlu ada penguatkuasaan dan saya akan minta JPJ untuk beri perhatian lebih untuk mengehadkan kenderaan ini masuk ke dalam negara kita.

“Sebab kalau kita nak masuk ke Brunei, umpamanya, memang ada syarat ketat kalau kenderaan dari Sarawak nak masuk ke Brunei.

“Kalau ada cermin gelap, memang sukar untuk melepasi sempadan,” katanya.

Tambah beliau, isu tersebut merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan terutamanya dalam usaha mengetatkan kawalan keselamatan sempadan negara.

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ada yang memberikan alasan cuaca panas dan faktor keselamatan barangan yang disimpan dalam…
Berita Domestik
Namun begitu, rungutan beberapa rakan Careta mengenai maklumat pada laman web JPJ melihat bahawa…
Berita Domestik
  Wanita berusia 24 tahun dari Pasir Puteh, Kelantan itu mendakwa kereta berkenaan adalah milik…