"Antara penambahbaikan terkini yang dilaksanakan adalah pengenalan fungsi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah dibuka kepada orang awam sejak 1 Februari 2024.
"Fungsi ‘Kongsi LKM’ turut diperkenalkan kepada orang ramai rentetan aduan yang diterima berkaitan penggunaan kereta milik orang lain. Kini pemilik boleh berkongsi LKM dengan ahli keluarga atau individu yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Rabu.
Video/Info Sinar Harian