JPJ buka bidaan tanda indeks plat ‘EV’

oleh Firdaus Razani|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini melancarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan tanda indeks "EV" yang akan dibuka bidaan melalui Sistem JPJeBid.


Ia diumumkan seiring pelancaraan Rekaan Plat Khas JPJ ePlate baharu untuk kenderaan elektrik yang diumumkan oleh Menteri Pengankutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Tarikh pembukaan bidaan bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 13 September 2024, jam 10.00 malam.

Keputusan bidaan akan diumumkan dalam 24 jam selepas proses bidaan tamat.

 

ev



NPI “EV” ini adalah khas untuk kenderaan ZEV sahaja dan tidak boleh didaftarkan kepada kenderaan bukan ZEV.

Pemilik kenderaan ZEV yang tidak berminat masih boleh menggunakan mana-mana nombor siri negeri yang biasa untuk didaftarkan kepada kenderaan masing-masing.

Seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini, sebahagian pendapatan daripada NPI akan disalurkan kepada inisiatif-inisiatif rakyat seperti program penukaran topi keledar secara percuma dan latihan lesen B2 untuk golongan B40.