JPJ berjaya lelong 96 kenderaan, bidaan tertinggi untuk lori Hino, RM41,000

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pemilik kenderaan digesa mengemas kini alamat terkini bagi memastikan mereka menerima notis daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menuntut semula kenderaan yang disita.


Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, pihaknya perlu mengenal pasti pemilik apabila tindakan menyita kenderaan dilakukan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing.

“Bagaimanapun, masalah timbul apabila pemilik itu tidak datang menuntut kenderaan atau tidak menerima notis kerana telah menukar alamat,” katanya ketika ditemui pada Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Kuala Lumpur Siri 1/2023, pada Rabu.

Mohd Zaki berkata, kenderaan yang disita akan dilelong apabila pemilik gagal menuntut kenderaan mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Zaki memaklumkan lori jenis Hino dibida pada harga tertinggi iaitu RM41,000 dalam Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Siri Kuala Lumpur Siri 2/2023.

"Sebanyak 96 kenderaan berjaya dilelong dalam acara itu dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM214,690.

"Pada lelongan kali ini, kenderaan 'scrap' dibida dengan harga bidaan tertinggi adalah RM6,000, manakala bagi kenderaan yang boleh dilesenkan, bidaan harga tertinggi adalah lori jenis Hino pada harga RM41,000," katanya.

Beliau berkata, hanya peserta yang membeli dokumen penjualan lelong dan menandatangani perakuan menyertai lelongan sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian dalam penjualan lelong terbabit.

"Harga kenderaan adalah tertakluk kepada harga minimum yang ditentukan.

"JPJ juga berhak menarik balik mana-mana kenderaan jika tidak berpuas hati atas harga ditawarkan atau harga tidak mencapai harga minimum ditentukan," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…