JPJ berjaya kutip RM1.03 juta dari lelong kenderaan sita

oleh SALINA JALIL|
Program Lelongan Awam Kenderaan Sita anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah berjaya mengutip hasil berjumlah RM1.03 juta selepas melelong 100 kereta dan motosikal yang disita.


Pengarah JPJ WPKL, Datuk Ismail Zawawi berkata, hasil berkenaan tidak termasuk kutipan buku lelong sebanyak RM10,150.

 

“Keseluruhan 100 kenderaan sita telah dilelong hari ini (9 Oktober). Daripada jumlah itu, 34 adalah motosikal manakala 66 adalah kereta.

 


"Hanya satu kereta kategori skrap yang dijual untuk tujuan pelupusan,” katanya pada sidang media sewaktu lelongan awam Siri 2 itu di Dewan Merpati JPJ WPKL di sini hari ini.

 

Antara kenderaan yang dilelong hari ini termasuk kereta jenama Honda Jazz, Honda Stream dan motosikal Honda Wave.

 

Ismail berkata, bidaan tertinggi adalah kereta jenis Honda Stream iaitu pada harga RM30,100 manakala bidaan terendah adalah sebuah motosikal pada harga RM150.

 

“Lelongan ini membabitkan kenderaan dan motosikal yang sebelum ini disita atas pelbagai kesalahan. 99 peratus kenderaan yang disita adalah dikategorikan sebagai kereta klon,” katanya.

 

Ismail berkata, pada siri pertama April lepas, sejumlah RM1,053,250 jumlah kutipan kenderaan sita direkodkan membabitkan 101 buah kenderaan.

 

Kenderaan yang dilelong ini merupakan kenderaan yang telah disita pihak JPJ WPKL bermula awal tahun ini hingga Ogos.

 

 


Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pada hari ini sebanyak 126 kenderaan telah diperiksa manakala yang diambil tindakan membabitkan 11…
Berita Domestik
"Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil serius isu yang tular berkaitan sekumpulan petugas kempen…
Informasi
Di bawah kontrak itu, Infomina akan menyediakan perkhidmatan operasi, penyelenggaraan dan sokongan…