JPJ berjaya kutip hasil RM807 juta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip hasil sebanyak RM807 juta sehingga Februari lalu dengan Perak merekodkan kutipan hasil melalui kaunter sebanyak RM28.8 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM196,065.10 kutipan melalui kaunter bergerak JPJ Mobile dan RM1.7 juta pula melalui kios fasa tiga.

Menurutnya, kejayaan itu hasil kerjasama seluruh warga kerja JPJ selain rakan-rakan strategik serta pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan.

“Selain itu sehingga Mac lalu, JPJ telah merekodkan sebanyak 35 juta kenderaan terkumpul seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1 juta kenderaan terkumpul telah direkodkan di Perak.

“Dalam tempoh sama, pemegang lesen memandu aktif terkumpul seluruh negara sebanyak 14.7 juta yang mana 530,927 pemegang lesen aktif direkodkan di Perak,” katanya pada perasmian Kaunter Pandu Lalu Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar di Perak pada Selasa.

Zailani memberitahu, pembukaan Kaunter Pandu Lalu JPJ di Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar akan memberi manfaat kepada 150,000 rakyat di negeri Perak khususnya penduduk Kuala Kangsar.

Menurutnya, kaunter terbaharu di Perak itu yang keempat selepas kaunter pandu lalu di Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Empat jenis perkhidmatan ditawarkan menerusi kaunter berkenaan iaitu memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor, pertukaran lesen memandu percubaan dan pembayaran saman terkini,” ujarnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ, Mohd. Tarmizi Abd. Talib.

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…