“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang promosi atau tawaran kerja yang disebarkan melalui iklan atau akaun tidak sah,” katanya.
Tambahnya, orang ramai digalakkan untuk merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan maklumat sebelum membuat sebarang tindakan.
JPJ turut menegaskan bahawa langkah berhati-hati perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian akibat penipuan tersebut.
Dalam masa sama, sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ bagi tindakan lanjut.