JPJ ambil tindakan terhadap pemandu bas leka guna telefon bimbit

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan saman terhadap seorang pemandu bas yang didapati bersalah menggunakan telefon bimbit, berdasarkan video yang tular baru-baru ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Menurut laporan Bernama, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim dalam kenyataan hari ini berkata, "JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya, bukan sahaja penumpang bas tersebut, malah kepada pengguna jalan raya lain," katanya.

Zailani berkata siasatan lanjut mendapati pemandu tersebut mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya lampau dan tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil terhadapnya.  

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Pihaknya juga telah mengenal pasti bas tersebut adalah milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

"JPJ ingin menasihati semua pemandu dan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, manakala pihak syarikat juga perlu memantau dengan rapi pemandu kenderaan masing-masing, supaya lebih berhemah dan beretika ketika memandu agar perkara seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang, demi keselamatan penumpang bas ekspres dan juga pengguna jalan raya lain," katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 20 saat di media sosial yang memperlihatkan seorang pemandu bas menggunakan telefon bimbit ketika memandu, manakala kedua-dua bahagian sikunya digunakan untuk mengendalikan stereng bas.

Video berkenaan mengundang kecaman ramai kerana sikap pemandu itu yang jelas tidak menghiraukan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun…
Berita Global
Insiden yang berlaku di Guci, Slawi, Jawa Tengah itu dilapor meragut satu nyawa, sementara puluhan…
Berita Domestik
  Menurutnya, kaedah berkenaan dilaksanakan bagi memantau kelakuan pemandu dan kesalahan yang…