JPJ ambil tindakan tegas, 20 kes beli lesen 'terbang' dikesan di media sosial

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia(JPJ) Selangor pada Khamis berkata, terdapat kegiatan sindiket yang menawarkan lesen memandu 'terbang' telah dikesan bergiat secara aktif bagi memperdaya individu yang mahu mendapatkan lesen memandu dengan jalan singkat.


Sehingga Oktober lepas, terdapat sebanyak 20 kes melibatkan penjualan lesen memandu palsu atau lesen terbang telah dikesan menerusi media sosial.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Lokman turut berkata bahawa pihak JPJ tidak terlibat dalam mana-mana penjualan lesen memandu ini, mereka yang mahu mendapatkan lesen memandu perlu mematuhi syarat dan prosuder ditetapkan dengan mengikuti kelas dan ujian memandu yang sah

 

"JPJ telah membuat beberapa laporan polis berkaitan kegiatan sindiket penjualan lesen memandu palsu ini, yang mana kegiatan mereka ini dikesan secara aktif menerusi media sosial seperti Facebook, Telegram dan WeChat.

 

Katanya, tindakan tegas dikenakan bukan sahaja melibatkan mereka yang didapati terlibat dalam penjualan ini.

 

"Kita dapati mereka yang memiliki lesen terbang ini terdiri daripada warga tempatan, dan saya ingatkan, segera tampil kepada JPJ dan serahkan lesen memandu mereka yang tidak sah itu kepada pihak kami.

 

Beliau turut berkata perbuatan memiliki lesen memandu palsu ini adalah salah dari segi peraturan dan tindakan tegas akan dikenakan dan tidak wajar sekiranya dikatakan proses untuk memiliki lesen memandu rumit.

 

"Jangan terlalu mengejar jalan singkat dan mudah, ikuti segala prosuder ditetapkan, dan bagi saya proses untuk mendapatkan lesen tidaklah sukar.

 

"Perlu untuk memiliki lesen yang sah, kerana menerusi kelas dan ujian yang dijalankan, ia menitik berat berkaitan aspek keselamatan jalan raya, jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab," katanya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Daripada jumlah itu, 556 motosikal disita selain 14,269 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan…
Berita Domestik
"JPJ memandang serius isu ini terutamanya warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu…
Berita Domestik
  "Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke…