JPJ: 2.7 juta saman bernilai RM800 juta belum dilangsaikan sejak 2010

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 2.7 juta saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas, sejak 2010 dengan nilai RM800 juta masih belum jelaskan.


Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shahruddin Khalid, berkata saman itu merangkumi kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen memandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"JPJ akan mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak antaranya dengan menyenarai hitam nama mereka sekiranya memperbaharui lesen memandu," katanya dalam temu bual dengan Bernama hari ini.

 

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin berkata pihaknya sedang menyelaraskan had laju maksimum pada kelajuan 110 kilometer (km) sejam di semua laluan di lebuh raya utama di seluruh negara.

 

Beliau berkata, had laju itu terpakai di lebuh raya utama kecuali di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Terowong Menora di Ipoh, Perak dengan had laju 70 km sejam bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

 

Selain itu, Shaharuddin berkata, empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) juga akan ditambah di kawasan berkenaan.

 

"Penambahan itu menjadikan keseluruhan 49 kamera AWAS yang terdapat di seluruh negara termasuk 22 di PLUS setakat ini," katanya.

 

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…
Informasi
Selain itu, beliau berkata, kerjasama orang awam merakam video atau gambar jika ada pemandu yang…