JPJ - 2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Aidilfitri

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan 2 juta kenderaan akan memasuki Kelantan sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, kemasukan itu membabitkan di tiga laluan masuk ke Kelantan iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Katanya, trafik dijangka sesak di semua laluan bermula 28 Mac memandangkan kebanyakannya sudah bercuti.

“Untuk Aidilfitri kali ini, kita menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan perantau akan memasuki Kelantan tidak lama lagi.

“Trend kemasukan kenderaan yang banyak ini ke Kelantan adalah situasi biasa setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Kita jangka bermula hari Jumaat pada 28 Mac, laluan akan mula sesak di semua laluan masuk ke Kelantan. Justeru kita mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada masa sama katanya, sempena untuk Ops Hari Raya Aidilfitri ini, seramai 187 pegawai dan anggota penguatkuasa akan ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau keadaan trafik.

Mohd Misuari menambah, cuti semua pegawai dan anggota penguat kuasa yang terlibat turut dibekukan sepanjang tempoh perayaan ini.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Justeru JPJ merasakan perlu ada tindakan bersepadu untuk mengatasi perkara terbabit,” katanya pada…
Berita Domestik
Sehubungan itu, Anthony Loke menggesa orang ramai yang mempunyai saman tertunggak supaya mengambil…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati 'ulat' memujuk dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada tiga…