Jordan 191 - kereta F1 pertama Michael Schumacher beraksi di litar sedia untuk dijual pada harga RM7.26 juta

oleh SALINA JALIL|
Jentera dipandu Michael Schumacher pada perlumbaan Formula Satu pertamanya boleh dimiliki pada harga 1.25 juta pound (RM7.26 juta).


Jentera Jordan 191 yang pernah dinobatkan sebagai kereta F1 paling menarik kini dibuka untuk jualan.


Schumacher berusia 21 tahun pada tahun 1991 dan menyertai program pemandu muda Mercedes ketika dia mendapat panggilan untuk menggantikan Bertrand Gachot.
Modenas

 

Pemandu Perancis itu terlepas Grand Prix Belgium kerana kes mahkamah berkaitan dakwaan menyerang pemandu teksi.

 

Rundingan antara pasukan Jordan yang baru dibentuk dan Mercedes membolehkan Schumacher berlumba dan menampilkan pemanduan hebat ketika ujian di Silverstone sebelum penampilan F1 pertamanya di litar Spa.

 

 

Jordan 191 yang dijual di Speedmaster, pernah dipandu oleh rakan sepasukan Andrea de Cesaris pada awal musim berkenaan tetapi diberikan kepada Schumacher sebelum perlumbaan.

 

 

Schumacher membalas kepercayaan itu dengan mencatat masa memberangsangkan dalam sesi latihan dan kelayakan untuk meraih petak ketujuh perlumbaan.

 

Bagaimanapun masalah klac memaksa Schumacher menamatkan perlumbaan pertamanya hanya selepas satu pusingan.

 

Walaupun tidak ada sejarah kemenangan besar jentera 191 itu, penampilan pertama Schumacher yang kemudian menjadi juara dunia tujuh kali memberi nilai tambahan kepada kereta itu.

 

Pembeli bertuah juga akan diberikan stering asli F1 dalam bingkai khas, model khas ditandatangani Schumacher serta sijil keaslian.

 

jordon 191

 

- AGENSI