Jonathan Rea sambung kontrak dengan Kawasaki

oleh HEZERI SAMSURI|
Jonathan Rea, pelumba Kejuaraan WorldSBK telah bersetuju untuk menyambung kontrak beliau bersama Kawasaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kontrak Rea kali ini bukan untuk setahun, tetapi untuk beberapa tahun. Jonathan mula bersama Kawasaki sejak tahun 2015. Sebelum itu, ia berlumba untuk Honda.

Rea boleh dikatakan antara legenda WorldSBK. Sejak ia mula berlumba di dalam kejuaraan itu dalam tahun 2009, Rea telah menang sebanyak 89 kali dan dengan Kawasaki sahaja, 74 kali!