Jom uji kemahiran memandu Gran Turismo di Retromania

oleh Hamimah Hamid|
HEBAT memandu kereta? Jom tunjuk kemahiran memandu korang di pertandingan esport Gran Turismo di Retromania AutoShow.

Setakat ini sudah ada pemandu yang berjaya catat masa paling pantas 1.36 saat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Kalau rasa boleh atasi masa terpantas tersebut, jom lawan memandu permainan mod Gran Turismo ini di MAEPS Serdang, 

 

Yuran penyertaan hanya RM5 dan enam simulator tersedia untuk korang berlumba empat pusingan.

Poster lumba GT di Retromania Autoshow

 

Berbaloi korang, dengan yuran penyertaan semurah itu boleh menang RM500 untuk pemenang pertama, RM300 untuk tempat kedua manakala masing-masing RM100 untuk tempat ketiga dan keempat.

 

Peminat lumba kereta jom serta esport Gran Turismo di Retromania pada 4 dan 5 November di Maeps Serdang, Selangor.