Jom tengok rupa sebenar luaran dan dalaman Tesla Cybertruck

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan beberapa laporan media luar negara, Tesla akan melancarkan secara rasmi trak pikap elektrik pertama mereka Cybertruck pada 30 November ini, kira-kira empat tahun selepas model prototaip diperlihatkan.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Proses penghantaran kumpulan pertama Cybertruck pula akan dibuat dalam masa terdekat.

Belum pun sempat tirai dibuka, beberapa keping gambar rasmi Tesla Cybertruck telah pun muncul di media sosial Weibo, sebelum dimuat naik menerusi akaun X @ya78756632.

 


Reka bentuk luaran Cybertuck masih lagi kekal dengan rekaan pembaris tiga segi, dengan unit lampu hadapan berlapis, fender sisi bersegi dan penyeka kaca tunggal saiz gergasi.

Tidak ketinggalan, cermin sisi berbentuk segi tiga turut diperlihatkan.

 


Untuk ruang kabin pula, papan pemuka membawakan kemasan dua tona, roda stereng empat segi, skrin tengah yang besar, tempat duduk sport serta bumbung kaca panorama.

Menerusi skrin paparan tersebut, kita dapat melihat beberapa fungsi termasuklah kawalan membuka/menutup tonneau cover, tetapan ketinggian suspensi, larasan stereng dan cermin sisi, lampu utama, mod Sentry dan bermacam-macam lagi fungsi yang dimuatkan.

 


Terdapat juga gambar yang memperlihatkan bukaan frunk namun dengan kapasiti kargo yang tidak cukup memuaskan hati.

Lebih banyak info bakal menyusul menjelang pelancaran rasmi pada penghujung bulan ini.

Sumber: X YYDS, X TOC San Joaquin Valley

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini penampilan terakhir Tesla Cybertruck di Malaysia sedang dipamerkan di Mid Valley Southkey,…
Berita Domestik
Pengunjung berpeluang secara eksklusif untuk melihat trak Cybertruck dengan lebih dekat dan merasai…
Berita Global
Puluhan pelawat ke Carbon Neutrality Expo mengerumun ke booth Tesla untuk melihat trak Cybertruck…