Jom Drive dari UMW Toyota khusus untuk pekerja kerajaan - serendah RM493 sebulan!

oleh SALINA JALIL|
Ramai yang tidak tahu tetapi UMW Toyota mempunyai pakej pembiayaan kenderaan mereka sendiri.


Toyota Capital Malaysia (T-Cap)bukan sahaja lebih arif dan lebih peka dengan kehendak pelanggan Toyota, mereka juga tahu kekuatan nilai jual balik produk jenama itu dan ini menjadikan proses pembiayaan oleh mereka sangat unik.

LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

 

Selain dari pakej-pakej pembiayaan seperti Toyota EZ Beli, Toyota Flexi Plan, Toyota Drive, AITAB (Al-Ijarah Thumma Al-Bai’) dan pakej sewa beli konvensional, kali ini T-Cap menyediakan satu pelan pembiayaan istimewa khusus untuk pekerja sektor kerajaan, iaitu pakej Jom Drive.

 

Jom Drive mempunyai tiga langkah mudah untuk memiliki Toyota baharu:

1. Isi borang permohonan online yang mudah

2. Hantar tiga item ini - salinan MyKad, lesen memandu dan slip gaji untuk satu bulan

3. Jom, terus memandu (jika lulus)

 

 

 

Mereka yang layak memohon pakej pembiayaan Jom Drive pula ialah:

 

1. Individu yang bekerja dengan kerajaan/penjawat awam/pekerja sektor awam berusia 18 tahun ke atas. Hanya untuk pendaftaran persendirian (bukan kenderaan perdagangan). Mesti boleh memberikan slip gaji untuk minimum sebulan.

 

Jumlah pinjaman pula ialah:

2. Bergantung kepada jumlah maksimum yang dipilih oleh T-Cap.

 

Tempoh pinjaman Jom Drive pula ialah:

3. Tertakluk kepada pilihan maksimum yang dipilih oleh T-Cap.

 

 

 

Di bawah ialah beberapa info menarik untuk anda tahu berkaitan pakej Jom Drive ini.

 

1. Anda boleh memohon untuk membiayai kenderaan bagi anak-anak.

    - Penjawat awam yang mahu menjadi penjamin untuk pembelian kenderaan bagi anak mereka yang sedang belajar di kolej atau universiti.

 

2. Adakah saya boleh membeli Hilux dengan pakej Jom Drive?

    - Jom Drive boleh digunakan untuk membeli semua model kenderaan dari Toyota kecuali van perdagangan Hiace dan trak pikap Hilux Single Cab.

 

3. Berapa lama tempoh pekerjaan saya sebagai penjawat awam yang melayakan saya untuk skim Jom Beli?

    - Tidak ada tempoh minimum asalkan anda mampu menyediakan slip gaji untuk satu bulan. Slip gaji pula perlu menyatakan nama anda, dan sektor atau bahagian mana di dalam kerajaan.

 

4. Apa istimewanya pajek Jom Drive berbanding dengan skim pembiayaan yang lain?

    - Jom Drive memudahkan penjawat awam untuk memohon pakej pembiayaan dengan cara paling ringkas dan dengan jumlah dokumen paling minimum.

 

Di bawah ialah bayaran ansuran paling minimum sebulan (sekiranya layak dan menurut pakel Toyota EZ Beli Plan) untuk beberapa model popular Toyota:

 

  1. Toyota Yaris - RM493 sebulan
  2. Toyota Vios - RM530 sebulan
  3. Toyota Avanza - RM608 sebulan
  4. Toyota Hilux – RM927* sebulan
  5. Toyota Rush - RM748 sebulan
  6. Toyota Innova - RM958 sebulan
  7. Toyota Corolla - RM978 sebulan
  8. Toyota Corolla Cross – RM998 sebulan

 

Untuk informasi lanjut, layari T-Cap di https://www.toyotacaptial.com.my

 

 

*Toyota Hilux hanya untuk varian double cab 2.4E (AT) sahaja