Jokowi umum MotoGP Indonesia tahun 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Pak Jokowi telah mengumumkan bahawa negara itu akan meula menganjurkan pertandingan MotoGP seawal tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
insta jokowi

 

Menurut Instagram beliau, Jokowi sudah berjumpa dengan Carmelo Ezpeleta, CEO untuk Dorna yang memegang hakcipta MotoGP.

Expeleta hadir untuk bertemu dengan Jokowi di Istana Bogor, tempat kediaman Presiden tersebut untuk berbincang mengenai persiapan Indonesia untuk menganjurkan sukan motosikal paling berprestij tersebut.

Di bawah ialah apa yang Careta tahu tentang MotoGP Indonesia setakat ini.

  • Bulan Januari lalu, Dorna telah menandatangani kerjasama untuk menganjurkan MotoGP bersama Indonesia Tourism Development Corporation.
  • Litar MotoGP Indonesia 2021 ialah berkonsepkan litar jalanan di Kawasan Ekonomi Khusus di Mandalika, Lombok.
  • Pembinaan akan bermula pada Oktober 2019.
  • Litar jalanan Mandalika ialah sepanjang 4.3km dengan satu lintasan lurus serta 18 selekoh.
  • Ia mempunyai kawasan tempat duduk yang mampu memuatkan lebih dari 93 ribu penonton.
  • Hospitality Suites pula boleh menampung 7,700 tetamu.

 

 

Kehadiran MotoGP jalanan Indonesia bakal memeriahkan lagi sukan lumba motor di ASEAN. Sekarang ini, Malaysia dan Thailand sudah mempunyai MotoGP masing-masing.

Malaysia mula menganjurkan MotoGP sejak tahun 1991 di Litar Batu Tiga, Shah Alam sebelum berpindah ke Litar Sepang.

MotoGP Indonesia bakal meriah kerana negara itu mempunyai industri motosikal yang paling kuat di rantau ini - lebih dari 6 juta motosikal terjual tahun lalu sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…