Jokowi mahu Tesla jadikan Indonesia pengeluar bateri EV terbesar dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan beliau akan menghantar wakil negara berkapasiti tinggi untuk berjumpa dengan eksekutif-eksekutif tertinggi Tesla di US dengan cadangan untuk syarikat kenderaan elektrik (EV) itu menjadikan Indonesia sebagai negara pengeluar bateri EV terbesar dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jokowi yang ditemuramah oleh agensi berita Reuters berkata Jumaat lalu bahawa perwakilan itu adalah sebahagian dari promosi "Omnibus" untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan dan memudahkan pelaburan di dalam negara tersebut.

Selain dari US, Jokowi juga akan menghantar pasukannya ke Jepun.

Rancangan Jokowi ini pastinya berkaitan dengan sumber terbesar bahan nikel yang berada di negara tersebut.

Pastinya rancangan ekonomi baharu ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pelaburan asing di Indonesia.

Thailand juga sedang meningkatkan lagi usahanya untuk menjadi pemasang EV terbesar di rantau Asia Pasifik.

Malaysia masih lagi belum mengumumkan apa-apa perancangan masa hadapan untuk EV.

* Laporan penuh di Reuters.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagaimanapun pada masa sama, beliau bergelut untuk menarik pelaburan swasta, dengan Belanjawan 2024…
Berita Global
  Presiden Indonesia itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, sudah mengadakan rundingan bersama…
Berita Global
  Perkhidmatan HSR tersebut adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara sekali gus dapat…