Joki ESR maut dalam perlumbaan Malaysia Drag Bike National ET Record 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang peserta bagi wakil ESR dalam perlumbaan Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 dilaporkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih 12 jam akibat kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mangsa, Hattem Rashdi berusia 22 tahun terbabit kemalangan pada hari pertama perlumbaan pada jam 1 pagi Ahad lalu di Pekan, Pahang, selepas motosikal ditungganginya terbabas.

Hattem yang mewakili ESR Motor dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan memandangkan keadaannya makin tenat.

Menurut Pemilik ESR Motor, Adib Affandi Mohamad memaklumkan Hattem disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang semalam, dan jenazahnya telah dibawa ke kampung halaman di Alor Janggus, Kedah untuk urusan pengebumian.

"Allahyarham adalah pelumba litar drag yang berbakat dan menjadi penunggang kepada ESR Motor sejak dua tahun lalu.

"Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahyarham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

 

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada video pandu uji, laman web Hagerty berjaya membariskan model pengganti Nissan 370Z…