Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor Lee Ting Han berkata jenis kerjasama akan diputuskan oleh kerajaan negeri selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) mula mengusahakan kebolehlaksanaan projek itu.
“Kami perlu lihat cadangan MOT terlebih dahulu dan kemudian kerajaan negeri akan memberi respons bagaimana kerajaan negeri boleh bekerjasama terutamanya melibatkan isu tanah, kebenaran merancang dan sebagainya.

“Kami berharap kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Perpaduan baharu ini dapat menimbang semula kebolehlaksanaan projek itu supaya ia boleh mewujudkan limpahan ekonomi di Johor,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Simposium Inisiatif ‘Belt and Road’ di Universiti Teknologi Malaysia, di sini, hari ini.
Beliau juga bersetuju dengan pandangan umum bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk menyemak semula dan menyambung semula projek HSR di bawah kerajaan baharu.
“Tidak boleh membuang masa...pandemik telah menjejaskan trajektori pertumbuhan ekonomi negara, HSR mungkin membantu bukan sahaja menuju ke landasan yang betul tetapi mempercepatkan tindakan untuk merebut peluang terhadap ekonomi global yang berkembang pesat sekarang.” katanya.

Projek HSR mula ditandatangani pada 13 Disember 2016 sebelum ia ditamatkan pada 1 Januari 2021 selepas mengalami beberapa kelewatan.
Difahamkan, projek bernilai RM110 bilion dengan laluan sepanjang 350 km itu akan memendekkan masa perjalanan Kuala Lumpur-Singapura kepada 90 minit sahaja.
Sumber: Bernama