Projek baharu itu bakal memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur EV sambil memajukan penyelesaian teknologi canggih untuk mobiliti lestari.
Apabila beroperasi sepenuhnya, hab pengecas EV di JPO akan menawarkan output DC dari 280kW hingga 1MW, ini juga menjadikannya sebagai pengecas 1MW pertama yang boleh diakses secara awam di Asia Tenggara.
Infrastruktur pengecasan baharu itu bakal direalisasikan melalui kerjasama strategik antara chargEV daripada Yinson Greentech dan DC Handal sebagai penyedia perkhidmatan.
Rancangan itu turut merangkumi elektrifikasi rangkaian bas ulang-alik JPO, yang akan menghubungkan JPO secara terus dengan pusat pemeriksaan Johor Bahru dan hab pengangkutan awam utama lain.
Melengkapkan rangkaian penyelesaian mobiliti elektrik, perkhidmatan sewaan kereta EV secara setiap jam dan harian akan ditawarkan melalui kerjasama strategik dengan GoCar dan drivEV.