John Cena Tambah Honda Prelude Baharu Dalam Koleksi Kereta Peribadi

oleh Qalif Latif|
Bintang gusti profesional dan pelakon Hollywood, John Cena sekali lagi mencuri perhatian peminat automotif apabila menambah sebuah Honda Prelude serba baharu ke dalam koleksi keretanya. Pembelian itu boleh dianggap sebagai “hadiah persaraan” buat dirinya, memandangkan Cena sememangnya dikenali sebagai peminat tegar kereta berprestasi dan model manual.

Prelude Warna Boost Blue Jadi Pilihan

Honda Prelude baharu milik John Cena ini tampil dalam warna Boost Blue yang cukup menonjol, warna ikonik yang sinonim dengan model prestasi Honda. Kereta tersebut dilihat berada di sebuah pusat servis Honda, dipercayai ketika Cena menghantar Honda Civic Type R miliknya untuk kerja penyelenggaraan.

Menurut perkongsian Cena di Facebook, beliau tidak melepaskan peluang untuk membawa pulang Prelude baharu itu selepas melihatnya secara dekat. Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Honda Chapel Hill kerana membantu menambah “Boost Blue Beauty” ini ke dalam barisan koleksi Honda miliknya.

John Cena

 

Peminat Honda Sejati, Bukan Sekadar Koleksi

John Cena bukan nama asing dalam dunia automotif, khususnya jenama Honda. Sebelum ini, beliau secara terbuka mengakui Honda Civic Type R FL5 miliknya digunakan sebagai kenderaan harian. Cena menyifatkan model tersebut mempunyai keseimbangan sempurna antara keseronokan pemanduan manual dan praktikaliti harian.

John Cena

 

Dengan kehadiran Honda Prelude baharu ini, ia sekali lagi membuktikan kecenderungan Cena terhadap kereta yang menitikberatkan pengalaman pemanduan, bukannya semata-mata kuasa atau status mewah.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun dalam dunia nyata, John Cena juga sebenarnya merupakan seorang peminat tegar kereta-kereta…
Gaya Hidup
Umum mengetahui Dwayne The Rock Johnson tidak akan menyertai sekuel filem Fast & Furious 9…