Namun dalam dunia nyata, John Cena juga sebenarnya merupakan seorang peminat tegar kereta-kereta berprestasi tinggi, dan dalam satu siaran podcast beliau dilapor memandu sebuah Civic Type R sebagai kereta harian.
"Kereta harian saya ialah sebuah [Honda] Civic Type R, ia ada ciri moden, manual, dan boleh dipercayai," ujar Cena dalam salah satu episod Whiskey Ginger.

"Ia sebuah model tahun 2020, ada pedal ketiga dan pada kelajuan 145 (batu sejam) (233 km/j), ia sangat stabil. Ia juga ada kerusi belakang dan saya boleh menjemput orang lain duduk di belakang.
"Jika saya perlu memandu sebuah kereta, pada jarak lebih daripada 10 batu, ia harus sebuah Civic.
Selain daripada Civic Type R, John Cena turut mempunyai koleksi kereta termasuklah Lamborghini Gallardo LP560-4, dan sebuah Ford GT 2017.