Jogja VW Festival 2019 menghimpunkan Pemilik dan peminat Volkswagen dari pelbagai Negara

oleh Arahman Crew|
Jogja VW Festival 2019 yang berlangsung 9 hingga 10 November 2019 bertempat di Jogja Exhibition Center merupakan acara yang berlangsung 2 tahun sekali dan salah satu event terbesar yang menarik perhatian orang luar dan semestinya peminat tegar Volkswagen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyertaan lebih dari 300 buah VW ini turut mendapat sokongan dan jemputan istimewa seperti:

  • Airmighty
  • Aircooledway Magazine
  • Hotvw
  • Fresh Kustom
  • BugBus.net
  • Flat4 Japan
  • Ron Flemming
  • Aircooled Syndicate
  • Heritage Parts
  • Gettin Low  
  • Wheelsculture.

Dan sesuatu yang menarik, Flat4 Jepun turut menghantar sebuah VW Type 1 1952 Chop-Top terus dari Negara matahari terbit itu untuk dipamerkan di sini.

Jogja VW Festival turut menampilkan hasil hasil kreativiti dari pemilik-pemilik VW. Antara yang menjadi perhatian, sebuah VW bus dari Yumos Garage dengan hasil tangan yang begitu teliti dari segi kerja kustom mereka, tidak lupa juga hasil dari Kupu2 Malam yang menampilkan VW Beetle dengan wheels yang telah diukir.

Pendek kata, acara ini boleh dijadikan sebahagian acara yang harus kita kunjungi untuk 2 tahun akan datang. Mungkin anda bakal membawa pulang hadiah cabutan bertuah, sebuah VW Beetle.



Jom Cuci mata dengan album gambar-gambar berair dari Wheelsculture ini.



Text & Foto : Mohd Fadhli (Wheelsculture)

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…