Joe Girard jurujual kereta terunggul sepanjang zaman!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Joe Girard telah dilaporkan meninggal dunia pada 28 Febuari lalu pada usia 90 tahun. Joe Girard meninggalkan rekod yang akan diingati sebagai World No. 1 Retail Salesperson di Guinness of World Record pada tahun 1973.


Joe Girard memulakan kerja sebagai jurujual Chevrolet apabila perniagaan sebagai kontraktor pembinaan gagal. Beliau dengan poket yang kosong pergi ke pengedar kereta Chevrolet untuk memohon kerja sebagai jurujual.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walaupun pengurus jualan pengedar Chevrolet tersebut agak keberatan menerima permohonan kerja Joe Girard ketika itu, memandangkan jualan kenderaan pada bulan januari kebiasaannya agak lembap dan perlahan, Joe Girard terus merayu dan akhirnya diterima bekerja dan terus memulakan tugas sebagai jurujual.

 


Langkah pertama yang dilakukan oleh Joe Girard sebagai jurujual adalah menghubungi semua kenalan memberitahu dan menjemput mereka datang ke bilik pameran pengedar Chevrolet ditempatnya bekerja. 

 


Pada lewat petang pada hari pertama bertugas, Joe Girard berjaya menjual satu unit kereta. Ini agak mengejutkan kerana ia adalah hari pertama memohon kerja dan hari yang sama diterima bekerja, Joe Girard berjaya menjual kereta. Sebelum pulang Joe Girard telah meminjam $10.00 dari pengurusnya kerana tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan keluarganya.
 

 

Pada bulan pertama sebagai jurujual, Joe Girard telah berjaya menjual 18 unit kereta! Walau bagaimanapun bulan seterusnya Joe Girard  telah dipecat dari pengedar Chevrolet tempat pertama beliau bekerja sebagai jurujual kerana beliau tidak disenangi oleh jurujual lain. Beliau dikatakan terlalu agresif membuat jualan. Pengurus jualan telah mengambil tindakan dengan memecat Joe Girard.

 


Kecewa dipecat dan mahu membuktikan bahawa diri beliau lebih berkemampuan,  Joe Girard memulakan kerjaya sebagai jurujual sekali lagi tetapi kali ini di pengedar Chevrolet yang lain. Ditempat baru inilah Joe Girard lebih bersinar dan berjaya mencatat rekod dunia sebagai jurujual Chevrolet terhebat. Jumlah kenderaan yang telah berjaya dijual dari tahun 1963 sehingga 1978 adalah:

 

  • 18 unit jualan harian tertinggi
  • 2 unit jualan purata setiap hari
  •  160 unit jualan bulanan tertinggi
  • 70 unit jualan purata setiap bulan
  • 1,425 unit tahunan tertinggi pada 1972

Angka jualan keseluruhan sepanjang karier beliau berjumlah 13,001 unit kereta!

 

 

Kejayaan Joe Girard menjual 1,425 unit kereta adalah rekod yang unik kerana pada era tersebut (70an) hanya 20 peratus pengedar kereta di seluruh Amerika Syarikat berjaya menjual lebih seribu unit kereta setahun.

 


Bermula tahun pertama bekerja di tempat baharu, Joe Girard tidak melupakan bekas pengurus yang memecatnya! Setiap tahun Joe Girard akan menghantar salinan laporan cukai pendapatan dan sekeping memo “anda pecat salah orang” (You Fired The Wrong Guy), apabila bekas pengurusnya meninggal dunia, Joe Girard telah pergi ke pusara bekas pengurus tersebut dan membakar penyata cukai pendapatan dan memo yang sama setiap tahun sehingga tamat kerjayanya di Chevrolet.

 

 

Joe Girard mengakhiri kerjaya jurujual pada tahun 1978 dan memilih menjadi motivator dan penulis buku sehingga ke akhir hayatnya. Antara buku yang dihasilkan oleh Joe Girard adalah: 

 

booka


 
Pada awal 2018, dunia dikejutkan dengan nama Ali Reda yang berjaya pecah rekod jualan tahunan Joe Girard! Ali Reda dilaporkan berjaya menjual 1,582 unit kereta pada 2017 mengatasi rekod  44 tahun jualan yang dipegang oleh Joe Girard, 1,425 unit pada 1972. 
 

 

Ali Reda mendakwa beliau telah membaca buku tulisan Joe Girard "How To Sell Anything to Anybody" dan ini memberi beliau inspirasi. Persamaan Ali Reda dan Joe Girard adalah kedua-dua mereka adalah jurujual Chevrolet. Rekod jualan Ali Reda pada 2017 adalah dari jualan model: 

 

  • 1,269 unit Chevrolet
  • 261 Cadillac 
  • 52 unit kereta terpakai di pengedar Les Stanford Chevrolet Cadillac di Dearborn, Amerika Syarikat.
     

 

Joe Girard mengambil keputusan untuk saman Ali Reda pada bulan Mei 2018 kerana didakwa telah kehilangan pendapatan, hilang pendapatan jualan buku, kehilangan reputasi, peluang dan pelbagai lagi, selain daripada tuduhan hilang pendapatan dan reputasi Joe Girard mendakwa jualan Ali Reda tidak diaudit. 
 

 

Tindakan Joe Girard ini mengejutkan Ali Reda “saya disaman kerana mengatasi rekod jualan orang lain”! Walaubagaimana pun General Motor yang memegang jenama Chevrolet dan Cadillac telah mengesahkan rekod jualan Ali Reda.

 


Akhirnya pada bulan November 2018 lalu saman kepada Ali Reda telah digugurkan, akan tetapi rekod Ali Reda dan Joe Girard di Guinness of World Record telah digugurkan dari kategori Best Car Salesman setelah berlaku pertelingkahan Joe Girard dan Ali Reda. Ali Reda berkata setelah rekod untuk kategori "Best Car Salesman" digugurkan, “tiada siapa yang menang, akhirnya semua kalah”

 

Joe Girard juga disenaraikan oleh Inc.com sebagai 10 jurujual terbaik sepanjang zaman!

 

sales


 
 
Pada tahun 2001 Joe Girard telah disenaraikan di Automotive Hall of Fame kerana pencapaian besar dalam dunia automotif dan hanya beliau sahaja nama jurujual kereta yang pernah disenaraikan di Automotive Hall of Fame sebaris dengan tokoh-tokoh industri automotif seperti Henry Ford dan Enzo Ferrari!

 

Hebat bukan?

* Hasil tulisan Qalif Latif

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada…
Berita Domestik
Pesuruhjaya Kehakiman Dr Shahnaz Sulaiman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan…
Berita Domestik
Menerusi langkah proaktif ini, HSDM akan menawarkan 'Elaun Kesusahan' kepada perunding jualan dari…