JMS 2023: Toyota Kayoibako - konsep van EV dengan ruang kabin modular

oleh Mohamad Hanif|
Toyota bakal memperlihatkan sebuah model konsep futuristik yang menarik, dinamakan sebagai Toyota Kayoibako.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Rekaan Kayoibako itu sendiri mengingatkan kita pada sebuah model mini MPV Toyota bB yang pernah wujud sehingga tahun 2016.
 

kayoibako


Menurut Toyota, perkataan kayoibako itu merujuk kepada kontena barang yang boleh disesuaikan untuk mengangkut muatan dengan selamat dan cekap, mengurangkan pembaziran dan boleh memenuhi pelbagai jenis keperluan.

Reka bentuk yang kompak, serta susun atur ruang kabin yang modular membolehkan Kayoibako diubah untuk mengangkut pengguna berkerusi roda, menjadi campervan, kedai bergerak, serta van penghantaran barangan untuk perniagaan kecil.
 

kayoibako


Kayoibako membawakan ukuran dimensi sepanjang 3,990 mm, lebar 1,790 mm, dan tinggi 1,855 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,800 mm.

Biarpun dengan dimensi yang kompak, namun Kayoibako menawarkan ruang kabin yang agak luas, disebabkan keempat-empat roda yang sengaja diposisikan hampir ke penghujung.

Bukan itu sahaja, Toyota juga menjelaskan dengan sistem perisian yang tepat, Kayoibako boleh menjadi sebahagian daripada sistem grid pintar
 

kayoibako


Bertepatan dengan tema Mobiliti Untuk Semua, Toyota Kayoibako juga sangat sesuai dipandu oleh golongan berkerusi roda, terima kasih kepada binaan lantai rendah serta konsep roda stereng NEO Steer.

Tiada sebarang info berkenaan unit pacuan elektrik Kayoibako didedahkan buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…