JMS 2023: Suzuki Wagon R CBG, guna bahan api daripada tahi lembu

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki dilapor akan mempamerkan sebuah model Wagon R yang direka menggunakan bahan api gas biometana bertempat di acara pameran Japan Mobility Show 2023 hujung bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta Suzuki Wagon R ini pernah muncul pada sidang kemuncak G7 di Hiroshima pada bulan Mei yang lalu.

Tidak seperti kei car Wagon R yang dijual di pasaran Jepun, Wagon R versi Maruti Suzuki ini membawakan dimensi badan yang lebih panjang, disebabkan ia dibangun menggunakan pelantar HEARTECT A.


 

sumber gambar: Best Car Web


Lebih unik lagi, Wagon R dengan suapan bahan api gas biometana termampat (CBG) ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan India untuk membangunkan bahan api yang lebih mesra alam dan mampan.

Pembangunan Wagon R CBG ini telah bermula sejak 2022 lagi, dan pada bulan Disember 2022 Maruti Suzuki telah memperlihatkan prototaip Wagon R yang dapat menerima suapan bahan api campuran ethanol-petrol.

Malah beberapa bulan yang lalu, pengerusi Maruti Suzuki, RC Bhargava berkata, daripada hanya bergantung kepada EV semata-mata, penggunaan teknologi hibrid, CBG dan CNG (gas asli termampat) dapat membantu mengurangkan jejak karbon di negara tersebut.
 

CBG


Tidak seperti CNG yang diperoleh daripada sumber petroleum, CBG pula diperoleh daripada penguraian bahan organik seperti sisa pertanian, tahi lembu dan juga sisa kumbahan.

Kerajaan India bercadang untuk melabur $24 bilion (RM115 bilion) untuk menghasilkan 15 juta tan biogas termampat daripada 5,000 loji, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap import CNG.

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Nissan terpaksa menguburkan hasrat untuk…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Berita Global
Mesin penghasilan gas hidrogen menggunakan biogas ladang ayam itu akan mula beroperasi pada akhir…