JMS 2023 - Nissan dedah siri model konsep elektrik, Nissan Hyper Urban jadi yang pertama

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menjelang acara Japan Mobility Show 2023 yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini, Nissan selaku salah satu jenama gergasi Jepun turut tidak terlepas untuk mempamerkan siri model konsep elektrik terbaharu mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk anjuran tahun 2023, Nissan dilapor bakal menampilkan empat model konsep elektrik di acara tersebut, di mana model pertamanya, Nissan Hyper Urban telah didedahkan secara digital.

Menampilkan perkataan "Hyper", ia bagi menyatakan keterujaan tinggi yang Nissan ingin bawakan, setiap model konsep diwakili oleh simbolik dan mempunyai ciri tersuai yang menambah nilai kepada gaya hidup unik dan aspirasi pelbagai.

 

2

 

Konsep terbaharu itu juga bertujuan membantu pelanggan membuat sesuatu keputusan positif ke atas planet, tanpa menjejaskan gaya atau keseronokan sesebuah kenderaan.

Rekaan Hyper Urban melengkapkan citarasa bakal pemiliknya, di mana ia menyasarkan kegunaan untuk golongan profesional di kawasan bandar dan pinggir bandar yang mengutamakan kelestarian alam sekitar.

Antara ciri utama Hyper Urban, ia bakal dilengkapi dengan fungsi V2H, yang mampu menjana kuasa sokongan kepada peralatan dan kelengkapan di rumah.

 

3

 

Meneruskan teknologi futuristiknya, ia didatangkan dengan Sistem Pengurusan Pengecasan Pintar, menampilkan AI yang boleh mengecas kenderaan dan menyalurkan kuasa kepada bangunan secara autonomi, sekaligus menyediakan pengurusan kuasa yang cekap.

Selain itu juga, Hyper Urban turut menampilkan ciri kemas kini perkakasan dan kemas kini perisian biasa yang memberikan pengalaman pemilikan baharu selama bertahun-tahun.

Sebagai contoh, bahagian dalaman boleh disegarkan dengan panel instrumen baharu yang mencerminkan teknologi dan trend terkini dalam grafik antara muka pengguna.

 

4

 

Hadir sebagai sebuah model konsep, rekaan digital luaran dan dalaman Hyper Urban menampilkan sebuah model EV yang sememangnya futuristik dan aerodinamik.

Turut tidak terlepas, rekaan pintu belakang seakan gull-wing dan pintu gunting di depan, serta rim dan tayar lebar untuk melengkapkan rupa sporti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…