Digelar sebagai "The All-Essential Workhorse", JMC Vigus Pro White Series kini menjadi antara pilihan terbaik dengan spesifikasi dan harga menarik untuk khusus digunakan sebagai trak pikap komersial.
Seperti versi Premium Series, Vigus Pro White Series turut dikuasakan nadi PUMA 2.0L TDI diesel dipadankan bersama transmisi automatik ZF 8 kelajuan yang menghasilkan 141 PS dan 340 Nm.
Ia turut dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD) dari BorgWarner dengan tetapan pacuan 2H, 4H dan 4L yang dikawal secara elektronik dan mekanikal.
Sistem gantungan pula menggunakan jenis double wishbone di depan dengan bar pengimbang diperkukuh, serta jenis multi-leaf di belakang yang mampu menampung muatan beban sehingga 850 kg.
Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Motor di Serendah Selangor, pelanggan boleh melihat dan menguji trak pikap itu di 30 pengedar ATM seluruh negara, disokong oleh rangkaian 20 bengkel servis pasca jualan Tan Chong Ekpress Auto Servis.
ATM juga menawarkan aksesori tambahan seperti penutup jendela gulung (roller shutter) dan juga kanopi untuk meningkatkan kemudahan dan keselamatan kargo, di mana semua aksesori disertakan dengan jaminan selama setahun.
JMC Vigus Pro White Series dijual bermula dari RM99,888 di mana ia ditawarkan bersama waranti selama 3 tahun atau 100,000 km.
Pada masa yang sama, Angka-Tan Motor juga memperkenalkan warna baharu untuk JMC Vigus Pro Premium Series, iaitu Metal Grey. Ia merupakan tambahan kepada warna sedia ada iaitu Metallic Silver, Stylish Black dan Arctic White.
Sempena pelancaran JMC Vigus Pro White Series, Angka-Tan Motor mengadakan kini mengadakan pertandingan Pandu Uji dan Menang, di mana anda berpeluang memenangi Baucar Petrol BHP bernilai keseluruhan RM20,000.
Setiap pembelian Vigus Pro akan memberikan pelanggan 10 penyertaan dalam pertandingan ini, pemenang bertuah akan diumumkan pada suku pertama 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai JMC Vigus Pro sila kunjungi bilik pameran, atau hubungi 03-5638 6888 dan layari laman web JMC Malaysia.