JMC Vigus Pro 2021 - CKD, varian tunggal, harga dari RM98,888

oleh Mohamad Hanif|
Angka-Tan Motor Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan pendatang baharu trak pikap JMC Vigus Pro untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ditawarkan dalam varian tunggal, JMC Vigus Pro dilengkapkan dengan nadi 2.0 liter diesel turbo VGT yang mampu menghasilkan 141 PS dan daya kilas 340 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan.

Sistem pacuan empat roda (4WD) pula menggunakan sistem BorgWarner dengan tetapan pacuan 2H, 4H dan 4L, dibantu dengan penggunaan komponen kunci differensial belakang berjenama Eaton.
 

Vigus


Sistem gantungan trak pikap JMC ini menggunakan unit double-wishbone dengan bar pengimbang diperkukuh, diikuti dengan sistem multi-leaf yang mampu menampung muatan beban sehingga 850 kg.

Dari segi penampilan, JMC Vigus Pro hadir dengan kelengkapan seperti lampu utama yang tirus, gril hadapan yang agak besar, lampu DRL berbentuk C yang mengelilingi perumah lampu kabus, serta tempat pemijak sisi anti gelincir.

Disebalik arka roda bersegi itu ia menempatkan rim aloi bersaiz 16 inci, sementara bahagian belakang pula menampilkan unit lampu yang bersegi, sports bar daripada gentian kaca kukuh, serta bampar belakang dengan penderia terintegrasi.
 

Vigus


Ruang kabin pula menampilkan skrin sesentuh bersaiz lapan inci yang menyokong paparan kamera undur, ruang storan di bawah tempat duduk, paddle shifter, roda stereng jenis bawah rata, serta kemudahan seperti kawalan jelajah dan penyeka kaca dengan penderia sensitif hujan.

Komponen keselamatan yang dimuatkan pada JMC Vigus Pro termasuklah sistem brek anti kunci (ABS), EBD, Program Kestabilan Elektronik (ESP), dua beg udara, bantuan mula mendaki (HSA), serta kawalan menurun cerun (HDC).

Terdapat empat warna yang ditawarkan iaitu Steady Brown, Solid White, Brilliant Silver, dan Glossy Black.

Harga jualan (atas jalan tanpa insurans) pula bermula dari RM98,888 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM100,888 untuk Malaysia Timur.
 

Vigus Pro


Angka-Tan Motors turut menawarkan JMCCare, iaitu produk insurans yang menawarkan sehingga 18 manfaat yang turut merangkumi bantuan tepi jalan 24/7, jaminan alat ganti sehingga 10,000 km atau enam bulan, serta Car Replacement Allowance bernilai RM150 sehari dengan tempoh maksimum sehingga tiga hari.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Anda boleh dapatkan trak pikap 'berperisa' Jepun - Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mazda BT-50,…
Berita Domestik
Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perlesenan teknologi kenderaan pada 1 Julai 2020,…