JLVT014 - lampu ruang tamu berbentuk motosikal klasik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekali pandang, anda mungkin akan menyangka tuan empunya motosikal klasik ini sangat menghargai simpanan yang beliau ada, sehinggakan sanggup untuk memarkir motosikal tersebut di dalam rumah. 

Namun, pernahkah terlintas di dalam fikiran anda bahawa itu adalah sebuah perabot hiasan, lebih tepat lagi sebuah lampu ruang tamu?
 


JVLT014 merupakan hasil karya JoeVelluto Design and Communication, sebuah firma rekaan yang berpangkalan di Itali dengan kerjasama pembina motosikal North East Customs. 

Percayakah anda bahawa motosi..maaf, lampu hiasan ini asalnya merupakan sebuah motosikal klasik Yamaha XS500?

Dengan hasil kerjasama daripada dua firma tersebut, motosikal klasik XS500 tersebut telah dibina semula, dan diberikan elemen kayu (anggaplah tiada siapa akan menghidupkan kembali motosikal ini) sesuai untuk dijadikan hiasan pada ruang tamu. 
 


Walaupun ia lengkap dengan komponen enjin, namun penulis tidak menganggap lampu ruang tamu beroda dua ini akan dibawa keluar sewenang-wenangnya untuk tujuan jalan-jalan makan angin. 

Mahal? Tidak dapat dipastikan. 

Namun, ianya satu karya yang benar-benar membuatkan penulis ingin mencari sebuah Yamaha RX-S untuk membuat modifikasi yang serupa. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Datuk Phang Ah Tong, Pengerusi MARii, agensi itu sudah terbabit dengan pameran automotif…
Berita Domestik
Dalam masa yang sama, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Tam menyarankan Proton untuk terus…
Berita Global
Harganya juga tidaklah murah, dan harus diingat harga asas sebuah Lamborghini Urus bermula sekitar…