JLG, Gentari tandatangani MoU untuk penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dan mobiliti hijau

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari) dan JLand Group Sdn. Bhd. (JLG) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk menyepadukan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dan mobiliti hijau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakatan strategik tersebut bertujuan untuk membangunkan ekosistem mesra alam meliputi semua projek kediaman, komersial dan perindustrian JLG.

Mewakili JLG, MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Hartanah & Infrastruktur JCorp dan Timbalan Pengerusi JLG, Datuk Sr Akmal Ahmad, manakala Gentari diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sushil Purohit.

Berdasarkan perjanjian tersebut, JLG dan Gentari akan melaksanakan kajian boleh laksana terhadap penyepaduan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui Gentari bagi aset dan taman perindustrian strategik di bawah JLG.

Manakala pelaksanaan ekosistem mobiliti hijau dalam projek yang dipilih JLG akan bermula pada suku ketiga 2023.

Selain itu, JLG dan Gentari juga akan meneroka potensi pembinaan sebuah hab pengecasan EV di Ibrahim Technopolis (IBTEC) dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui bagi taman-taman perindustrian JLG.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Gentari akan menyediakan kemudahan Kenderaan sebagai Perkhidmatan (VaaS) dalam bentuk perkhidmatan langganan pengangkutan hijau di pembangunan kediaman, komersial dan perindustrian JLG.

Dengan memperkenalkan khidmat langganan EV menerusi Gentari, JLG bertekad menggiatkan peralihan kepada EV menerusi pelaburan kos rendah.