JKR - RM5.3 juta anggaran kos baik pulih KM92, Jalan Gua Musang-Lojing

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan kos sebanyak RM5.3 juta bagi membaik pulih laluan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing yang rosak akibat tanah runtuh dan banjir lumpur, Ahad lalu.


Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata, kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan segera kerana dikhuatiri mengancam keselamatan pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, tempoh masa diambil untuk membaiki kerosakan itu bagaimanapun bergantung kepada keadaan cuaca di situ.

 

“Cuaca di Tanah Tinggi Lojing masih hujan dan kita masih mengesan runtuhan baharu di kawasan kejadian menyebabkan kerja-kerja pembaikan jalan tidak dapat diteruskan.

 

“Paling utama ketika ini, untuk kita buat dahulu laluan sementara bagi kemudahan pengguna dari Gua Musang melaluinya untuk ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi jalan yang rosak tersebut serta mendengar taklimat oleh Pengarah JKR negeri, Ir. Mohd Suhaili Ismail di sini semalam.

 

Mengulas lanjut, Mohamad Zulkefly berkata, setakat ini, JKR menerima aduan kerosakan jalan perhubungan akibat bencana di 267 lokasi di enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor pada musim tengkujuh ini.

 

Katanya, aduan itu termasuk kejadian banjir di 141 lokasi, cerun runtuh (58 lokasi), jalan runtuh (6 lokasi) , jalan mendap (8 lokasi) dan jambatan rosak (3 lokasi).

 

“Kita berharap orang awam menjaga keselamatan diri ketika melalui jalan di lokasi terbabit,” katanya. 

 

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat banyak kereta yang terkesan seperti bumper…
Berita Domestik
Difahamkan, walaupun pembaikan berkala dilaksanakan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR), namun…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…