JKR PAHANG NAFI LALUAN PERSEKUTUAN FT12 KUANTAN-SEGAMAT DIBUKA

oleh Firdaus Razani|
Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang baru ini, menafikan maklumat tular di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan - Segamat, KM72 telah dibuka dan boleh dilalui.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui laman Facebook, JKR Pahang memaklumkan laluan tersebut masih ditutup seperti notis pemberitahuan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh JKR Daerah Pekan sebelum ini.

 

jkr pahang

 

Kerja-kerja pemasangan jambatan bailey di lokasi berlakunya runtuhan jalan masih giat dilaksanakan.

"Laluan tanah di sebelah jambatan bailey hanya dibina sementara di atas pembentung yang telah runtuh untuk melancarkan kerja-kerja di tapak dan dikhuatiri tidak selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.

"Sehubungan itu, JKR tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang terjadi terhadap pengguna jalan raya tersebut," menurut hantaran itu.

Selain itu, JKR akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap penyebaran berita palsu berkenaan dan menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat tersebut serta tidak menyebarkannya kepada orang lain.

 

SUMBER : BERNAMA