JKR Negeri Sembilan kenal pasti kawasan parkir Jalan Temiang-Pantai

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri mengenal pasti satu lokasi berdekatan persimpangan masuk dari Jalan Pantai ke laluan baharu Jalan Temiang-Pantai yang sesuai dijadikan sebagai kawasan parkir.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun kawasan tersebut adalah tanah milik individu dengan keluasan 0.7 hektar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, pada masa sama kerajaan negeri akan mengenal pasti tempat lain yang sesuai bagi tujuan tersebut dan akan melibatkan proses pengambilan balik tanah.

 

"Lokasi berkenaan paling diminati peminat berbasikal, kenderaan bermotor dan orang ramai untuk mengambil gambar di kawasan 'New Zealand Malaysia’ itu dan kita sedia maklum banyak masalah menyebabkan kacau ganggu serta masalah lalu lintas di situ,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ng Chin Tsai (PH-Temiang) yang ingin tahu sejauh mana cadangan kerajaan negeri untuk membina tempat letak kereta atau kawasan hentian di Jalan Temiang-Pantai.

 

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, JKR negeri juga akan membuat permohonan baharu bagi penambahan lampu jalan di kawasan berkenaan di bawah Program Keselamatan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (blackspots) dalam rolling plan akan datang.

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, pelaksanaan rondaan khas itu bagi…
Berita Domestik
Tertuduh, Munirah Stapah@Salleh, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan…
Berita Domestik
  "Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia…