JKR nafi jambatan Pekan Tanjong Karang retak dan tidak selamat!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JKR
Orang ramai panik susulan tular dakwaan jambatan Pekan Tanjong Karang di sini, retak dan tidak selamat digunakan oleh semua kenderaan.

Bagaimanapun Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor menafikan dakwaan itu yang disifatkan maklumat palsu.

JKR berkata, khabar angin itu tular menerusi rakaman audio di media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Hasil siasatan JKR mendapati jambatan berkenaan tidak mengalami keretakan seperti dinyatakan.

"JKR Daerah Kuala Selangor ingin menegaskan jambatan itu selamat digunakan," katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, JKR Daerah Kuala Selangor dalam proses membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Laporan ini dilakukan supaya pelaku dihadapkan ke muka pengadilan ekoran tindakan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang menyebabkan keresahan orang ramai," katanya.

 

Harian Metro