JKR Johor akan minta peruntukan khas baiki struktur Lebuhraya Pasir Gudang

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan memperuntukkan RM3.6 juta tahun ini untuk kerja penyelenggaraan Lebuhraya Pasir Gudang, bagi memastikan ia sentiasa selamat dan selesa digunakan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri, berkata tahun depan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri juga akan memohon peruntukan khas untuk membaiki struktur lebuh raya itu bagi menjadikannya lebih baik.



"Lebuh raya ini adalah laluan utama Pasir Gudang ke Johor Bahru. Kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan syarikat konsesi secara berkala seperti menampal lubang, betulkan bonggol jalan, potong rumput dan bersihkan longkang.
Modenas

 

"Ketika ini, kerja-kerja menambah baik lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu akan dilakukan di beberapa kawasan yang sudah dikenal pasti termasuk lokasi kemalangan terbaru semalam," katanya ditemui melawat mangsa kemalangan, Nurul Ain Md Rasol, 27, di Kampung Sentosa, semalam.

 

Nurul Ain adalah pembonceng motosikal yang maut akibat motosikal yang dinaiki terlanggar lubang sebelum terjatuh dan terbabas, di Kilometer 34, Lebuhraya Pasir Gudang, kelmarin.

 

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Nurul Ain terjatuh selepas motosikal diboncengnya melanggar lubang menyebabkannya cedera parah di muka dan kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

 

 

BH

Add new comment