"Kerja-kerja baik pulih hanya boleh dilakukan apabila cuaca kembali baik dan kita jangkakan kerja-kerja baik pulih itu mengambil tempoh selama dua bulan.
"Pada masa sama, lencongan di laluan berkenaan tidak dapat dilakukan berikutan tanah di kawasan terbabit lembut dan ia membahayakan sekiranya membuat jalan lencongan.
"Penyelesaian di laluan itu adalah membaik pulih dengan mengorek balik lubang benam berkenaan sebelum melihat tahap kerosakan sebenar.
"Kita akui penutupan itu meresahkan pengguna termasuk lori yang membawa bekalan sayuran, namun laluan ini tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa bagi menjamin kualiti jalan," katanya ketika dihubungi.
Artikel Berita Harian