JKJR diserap dalam JPJ berkuat kuasa hari ini (1 Mei)

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diserap ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkuat kuasa hari ini bagi memperkasa serta memantapkan lagi jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan.


Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan semalam telah memaklumkan penyerapan peranan dan fungsi JKJR itu mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pengangkutan jalan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.


Menurut kenyataan itu, penyerapan JKJR ke dalam JPJ tidak melibatkan pembuangan kakitangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sebaliknya kakitangan JKJR akan terus berkhidmat di JPJ bagi menjalankan tugas sebagai peneraju advokasi keselamatan jalan raya demi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

 

"Para petugas akan terus memainkan peranan sebagai penyelaras bagi inisiatif-inisiatif baharu ke arah peningkatan keselamatan jalan raya," menurut kenyataan itu.

 

Sehubungan itu, kementerian mengharapkan penyerapan berkenaan akan menambah baik dan mempertingkatkan lagi urus tadbir jabatan khusus dalam soal keselamatan jalan raya sekali gus membawa manfaat kepada rakyat Malaysia.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  “Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain,…
Berita Domestik
  Menurutnya, maklumat yang terdapat dalam garis panduan CRS itu termasuk kelulusan pensijilan,…
Berita Domestik
  “Saya berpandangan basikal lajak ini perlu definisi khusus sama ada digunakan untuk perlumbaan…