JKJR cadangkan pengharaman basikal lajak

oleh SALINA JALIL|
Kegiatan menunggang basikal lajak yang sudah diubah suai serta penjualan basikal sedemikian wajar diharamkan bagi mengelak sebarang risiko kemalangan ke atas penunggangnya atau pengguna jalan raya lain.


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Wong Yau Duenn, menegaskan pengharaman basikal lajak juga perlu secara menyeluruh kerana ia memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Saya berpandangan basikal lajak ini perlu definisi khusus sama ada digunakan untuk perlumbaan di litar atau sebaliknya bagi memastikan ia jelas sebelum larangan mengenainya dikemukakan.

 

“Pengharamannya juga perlu mencakupi aspek penjualan sama ada secara persendirian atau dalam talian,” katanya ketika dihubungi  semalam.

 

Beliau mengulas kegiatan menunggang basikal lajak yang masih berleluasa, termasuk di kawasan lalu lintas yang sibuk, walaupun berlaku kemalangan sehingga meragut lapan nyawa penunggang remaja lebih dua tahun lalu.

 

Isnin lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

 

Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ka Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

 

Sehubungan itu, Yau Duenn yang juga Ketua Pegawai Maklumat JKJR mencadangkan supaya jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti isu berkaitan basikal lajak, sekali gus menangani masalah berkenaan.

 

“Agensi penguat kuasa sedia ada dilihat tidak terlalu fokus mengenai isu basikal lajak, selain bidang kuasa untuk mengekang kegiatan ini agak kurang jelas.

 

“Justeru, ada eloknya kalau isu ini dirangkumkan dalam jawatankuasa khas supaya kajian menyeluruh dapat dilakukan, sekali gus merangka kaedah penyelesaian terbaik,” katanya.


 

Ubah suai langgar undang-undang

 

Basikal lajak yang menjadi kegilaan segelintir kanak-kanak dan remaja amat mudah diperoleh.

 

Basikal lajak yang dijual di kedai basikal biasanya dilengkapi ciri-ciri keselamatan, tetapi yang membahayakan dan menyalahi undang-undang ialah apabila ia diubah suai atau dihasilkan sendiri.

 

Pengubahsuaian yang biasa dilakukan ialah menanggalkan brek, merendahkan tempat duduk dan memotong sepit udang yang sekali gus boleh membahayakan penunggangnya, lebih-lebih lagi ketika menuruni bukit.

 

Dengan harga serendah RM70, basikal lajak boleh dibeli di kedai atau menerusi dalam talian.

 

Pemilik kedai basikal, Tony Ng, berkata kebanyakan basikal lajak yang dijual adalah mengikut spesifikasi dan dilengkapi dengan ciri keselamatan.

 

Bagaimanapun, katanya, yang menimbulkan masalah ialah jika ada pengubahsuaian dilakukan terutama menanggalkan brek.

 

Semua basikal termasuk basikal lajak sama ada yang diimport atau dibuat mengikut tempahan akan dilengkapi ciri keselamatan itu sebelum ia dijual kepada pelanggan.

 

“Ciri keselamatannya sama seperti basikal lain. Mungkin golongan remaja yang memiliki basikal seperti ini mengubahsuainya dan membuang fungsi brek menjadikan ia bahaya untuk ditunggang.

 

“Disebabkan kes kemalangan membabitkan penunggang basikal lajak semakin hangat sejak kebelakangan ini, saya sering mengingatkan mereka (ibu bapa) supaya tidak membenarkan anak-anak melakukan ubah suai seperti membuang fungsi brek.

 

“Ia demi keselamatan penunggang. Tapi selepas basikal itu dibawa pulang (pelanggan), itu cerita mereka,” katanya.

 

 

 

Sumber: BH Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng…
Berita Domestik
  "Pertama, saya menghormati sistem kehakiman. Biar sistem kehakiman berjalan. Jadi tak elok…
Informasi
  Menurut Public Health Malaysia, basikal yang telah melalui pelbagai modifikasi itu sangat bahaya…