Jimny baharu sudah ditemui dalam proses eksport

oleh HEZERI SAMSURI|
Suzuki Jimny memang satu lagenda. Model generasi pertama memang sangat popular kerana ia ringkas dan mampu dimiliki. Ia masih popular sehingga kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kedua dilancarkan di Malaysia sepuluh tahun lewat dan dengan harga yang tidak masuk akal. Ia langsung tidak diterima ramai dan sangat merugikan kerana Jimny ialah sebuah kenderaan 4X4 yang lasak dan sesuai untuk aktiviti rekreasi.

Generasi ketiga Suzuki Jimny memang dinantikan ramai dan nampaknya ia sudah siap dan akan dilancarkan lebih awal dari sepatutnya (ia dijangkakan akan dilancarkan Oktober nanti di Jepun).

 

dashboard jimny 3

Ia dipercayai masih menggunakan resipi asal - kerangka ladder di bawah badannya dengan sistem AWD serba baharu.

Enjin juga dipercayai enjin 1.2L tanpa turbo dan enjin 1.0L tiga silinder Boosterjet turbo. Di bawah ialah video dari sebuah laman web Jepun mengenai Jimny terbaharu itu.

 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…