Jika lihat kemalangan di lebuh raya, hubungi TALIAN BANTUAN demi keselamatan bersama

oleh SALINA JALIL|
gambar dari jspt
Pengguna Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dinasihatkan menghubungi talian bantuan 03-83159111 untuk memaklumkan insiden kemalangan.


Ia bagi membolehkan peronda lebuh raya memberikan bantuan sewajarnya.


MEX dalam kenyataan memaklumkan, atas faktor keselamatan, pengguna lebuh raya tidak digalakkan mengambil tindakan sendiri dengan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan mungkin mengundang kemalangan berganda di tempat kejadian," katanya.

Dalam kejadian 28 September lalu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki parah dirempuh kereta di Kilometer 7.3 MEX ketika ingin membantu mangsa kemalangan.

 

Roziati Pa'sar, 43, maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi ketika berhenti di bahu jalan.

 

MEX berkata, pihaknya turut bersimpati kepada mangsa dalam kejadian itu.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai laporan trafik menerusi Twitter MexTraffic dan Facebook MEX Traffic atau menghubungi Helpline 03-83159111 untuk maklumat lanjut.

 

 

Harian Metro