Jika Land Cruiser takluk bumi, Toyota Lunar Cruiser mahu takluk bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Nama Toyota Land Cruiser sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai sebuah SUV off-road yang mampu menakluki apa jua permukaan di bumi, namun sebagai sebuah jenama yang berjaya, Toyota tidak mahu berhenti setakat itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana azam Toyota adalah untuk menguasai apa yang ada melepasi garisan atmosfera bumi, iaitu bulan sebagai sasaran seterusnya!

Menerusi kolaborasi bersama Japan Aerospace Exploration (JAXA), Toyota telah  memulakan kajian bersama terhadap teknologi kenderaan sel bahan api untuk digunakan di atas permukaan bulan.

 


Kenderaan tersebut kini memiliki nama rasmi, iaitu Toyota Lunar Cruiser bersempena dengan nama SUV paling ikonik dalam sejarah kenderaan Toyota - Land Cruiser.

Toyota Lunar Cruiser kini sedang berada di dalam fasa pembangunan bagi memastikan ia memiliki tahap kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan penjelajah bulan tersebut - bernaung di bawah semangat "Saya akan kembali pulang semula ke rumah!".

Dalam masa yang sama, Toyota turut menggariskan tempoh masa yang mereka bakal tumpukan pada Lunar Cruiser ini, di mana tahun ini sebuah simulasi pemanduan akan diadakan untuk menguji kuasa dan prestasi pemindahan haba, serta produksi percubaan untuk tayar dan layout dalaman.

 


Lunar Cruiser yang sebenar hanya akan didedahkan kepada umum pada tahun 2029, sebelum memulakan misi penjelajahan bulan berawak (manned lunar exploration) pada tahun berikutnya.