Jika Kia membangunkan trak pikap Telluride...

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Telluride, sebuah SUV bersaiz pertengahan yang direka khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sebagai jawapan kepada pesaing-pesaing di dalam segmen tersebut seperti GMC dan Land Cruiser. 

Ia hadir dengan pakej yang agak menarik dan moden, namun bagaimana sekiranya Kia mahukan sebuah trak pikap bagi memenuhi trend pasaran di sana? 

Imej janaan komputer ini hadir daripada forum Kia Telluride, menggambarkan trak pikap dari Kia dengan rekaan badan unibodi - sama seperti Honda Ridgeline - dan didatangkan dengan truck bed di bahagian belakang. 

Oleh kerana struktur badan unibodi, trak pikap Telluride ini masih mengekalkan trenkuasa dan komponen suspensi bebas bagi menjamin keselesaan penumpang di jalan raya Amerika. 

 


Jika diperhatikan, saiz truck bed di belakang kelihatan sedikit pendek berbanding trak pikap yang ada di pasaran. 

Kia Telluride dikuasakan oleh enjin Lambda II bentangan V6 3.8 liter yang mampu menghamburkan 291 kuasa kuda dan daya kilas 355 Nm dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 

Ini mungkin merupakan satu idea yang menarik untuk Kia realisasikan, memandangkan sahabat senegaranya Hyundai juga bakal tampil dengan sebuah trak pikap berasaskan Santa Cruz. 

Namun, sehingga berita ini ditulis, Kia masih memfokuskan usaha untuk membangunkan lebih banyak SUV dan sedan yang menarik perhatian berbanding segmen trak pikap. 
 

Kia Telluride 2020

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua model tersebut…
Berita Global
  Dari segi reka bentuk, Telluride hanyalah sebuah SUV besar yang berkotak tanpa garisan atau…
Berita Global
  Terbaru Kia memperkenalkan Telluride 2022 dan ia hadir tanpa perubahan yang besar. Lagi pun…