Jigsaw Puzzle 3D Lamborghini Huracan Evo skala 1:18 - dari RM170

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini telah bekerjasama dengan syarikat penghasilan mainan Ravensburger untuk menghasilkan jigsaw puzzle 3D berbentuk sebuah Huracan Evo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kit jigsaw puzzle 3D itu membenarkan peminatnya untuk memasang sebuah Lamborghini Huracan Evo berskala 1:18 dan terdiri daripada 108 kepingan plastik bernombor, dan 32 aksesori seperti roda yang mampu berpusing, gandar, splitter serta diffuser belakang. 
 


Apabila ia siap dipasang, jigsaw puzzle 3D ini akan membentuk sebuah Huracan Evo bersaiz 26 cm dengan bentuk sebenar, serta menampilkan warna jingga Arancio Xanto. 

Harga jualan kit jigsaw puzzle Huracan Evo itu bermula dari €34.99 (RM170.45). 

 


Dalam skala dunia sebenar, Lamborghini Huracan Evo didatangkan dengan nadi aspirasi natural 5.2 liter V10 yang menghasilkan 640 PS/600 Nm, membolehkan ia memecut sepantas 2.9 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j. 

Jika dilihat kepada harga jualan Huracan EVO di US bermula dari $261,274 (RM1,074,619.96 mengikut pertukaran mata wang semasa), kit jigsaw puzzle 3D ini lebih mesra poket dan sesuai untuk dijadikan hiasan meja kerja anda.