Lebih tepat lagi, Suzuki Alto generasi kedua, di mana model tersebut pernah ditukarkan lencananya di China menjadi JN Auto dan dijual sebagai salah satu kereta yang paling murah di China tahun 90-an.

Model Jiangnan U2 2023 yang retro futuristik ini dilihat membawakan rujukan rekaan terhadap model asal Alto, walaupun ia sebenarnya dibina berdasarkan model Ruixiang Hoen O2 oleh BAIC.
Reka bentuk EV yang comel itu disumbangkan dengan unit lampu utama depan dan belakang berbentuk segi empat, diikuti dengan pemegang pintu tertanam, bumbung panoramik, spoiler belakang dan rim aloi bersaiz 17 inci.

Dari segi dimensi, U2 ini membawakan ukuran sepanjang 3,840 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,521 mm.
Terdapat dua pilihan trenkuasa ditawarkan, iaitu 74 hp/120 Nm atau 107 hp/160 Nm di mana kedua-dua didatangkan dengan sistem pacuan roda hadapan.

Jiangnan juga menawarkan dua pilihan kapasiti pek bateri, masing-masing dengan jarak gerak sejauh 305 km dan 406 km untuk sekali cas penuh.
Setakat ini, tiada sebarang info berkenaan tarikh pelancaran serta harga jualan Jiangnan U2 untuk pasaran China, yang pasti ia bakal disasarkan sebagai salah satu kereta yang paling murah di sana.
Sumber: Autohome